Friday 15 April 2011


Masih lagi aku ini insan yang lemah

Masih lagi aku ini insan yang hina

Masih lagi aku ini insan yang zalim

Zalim menzalimi diriku sendiri

Zalim menzalimi diri orang-orang disekelilingku



Aku sangat takut

Takut dengan potongan ayat-ayat Mu itu

Yang pastinya telah membuat hati manusia sekerdil aku menjadi tidak senang duduk



Selalu duduk dan termenung

Berfikir dan berfikir

Apa yang kurang pada ku?

Apa yang memberatkan ku?

Apa yang melambatkan larian ku?

Aku mahu menjadi seperti teman-teman ku

Berlari pantas mengejar akhirat

Sehingga dunia sendiri mengejar mereka dari belakang



‘’Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, pasti Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu’’ (Muhammad:7)


Menghayati bait kata-kata Agung dariNya



Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.


Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun

dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.


Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).


Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.


Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.


Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".


(atTaubah: 38-46)




Wahai jiwa yang sedang bergelojak

Kembali kamu kepada fitrah imanmu

Pandanglah dunia dengan pandangan yang ‘’itu’’

Kerana jika tidak, dunia itu hanya akan merugikanmu



Wahai jiwa yang tenang

Kembali kamu kepada seruan Tuhanmu

Seruan mujahadah seruan jihadNya

Seruan untuk kembali dekat kepada Tuanmu



Wahai jiwa sedarlah

Bergeraklah

Berilah peringatan

Kerana dengan peringatan itu akan menyelamatkan kamu

Menyelamatkan dari didakwa oleh mereka

Didakwa di mahkamah Agung Tuhanmu kelak



Kamu memang lemah

Kamu pasti merasa payah

Kerana kamu manusia biasa

Berusahalah kamu walau dengan ukuran hanya sezarah



‘’Tidak ada dosa untuk tidak pergi berperang atas orang yang lemah, orang yang sakit dan orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka infakkan, apabila mereka brlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada alasan apapun untuk menyalah kan orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang’’ (atTaubah:91)



Andai itulah usahamu yang terhabis

Kerana masih Allah itu tidak pernah memandang hasil

Tetap usaha juga yang dilihatNya



‘’..Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu..’’ (atTaubah:105)



Post ini dituju khas untuk menembak diri-diri (terutama aku) yang kini merasa amat lemah dan payah


Wednesday 16 February 2011

~~ Jadikan ALLAH 'majikan' tertinggi ~~



Memang mengena lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Meet Uncle Hussein ini. Kadang-kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan.
Mahu saja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah 'goyang kaki'. Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja digerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja. Mulut pula mula mengomel, "kalau tak kerja, macam mana la nak hidup..". Inikah makna sebenar kerja pada kita?


Sejak dari kecil lagi, kita diajar membina impian kerjaya oleh ibu dan ayah. Malah, di sekolah juga para guru selalu meniupkan semangat kepada kita agar menjadi seorang yang mempunyai cita-cita. Pertanyaan yang wajib kita dengar saat semakin membesar, "dah besar nanti anak mama nak jadi apa?". Lalu, dari situ kita mula mencipta imaginasi tentang hebatnya untuk menjadi seperti apa apabila dewasa nanti. Tanpa diketahui maksud sebenarnya, lantang saja kita menjawab, "nak jadi cikgu!". Kini, tak disangka-sangka cita-cita itu tidak kesampaian walau kita telah melepasi puncak menara gading. Apakan daya, ini rezeki yang Allah tentukan.

~NIAT PEMANGKIN SEMANGAT~

Tidak berjaya menjadi seperti apa yang kita impikan sememangnya amat mengecewakan. Namun, mestilah diingat bahawa di mana jua kita diletakkan, di situlah rezeki kita dan tempat kita berusaha. Justeru, walau pekerjaan itu bukanlah bertepatan dengan minat kita sendiri, kita seharusnya mempunyai azam untuk bekerja dengan ikhlas, jujur dan memegang amanah tersebut dengan niat kerana Allah. Bukan sekadar bekerja kerana gaji atau lebih tepat lagi seperti yang selalu disebut, "nak hidup punya pasal..".

Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat. Niat itulah yang menjadi titik mula bagaimana kita akan memikul tugas yang digalas. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An'am ayat 162 di dalam solat,
"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam"

Kalimah yang kita ucapkan pada Allah dengan bersungguh-sungguh itu perlulah kita ingati ketika menjalankan pekerjaan duniawi. Kerja harus dianggap sebagai ibadah yang dimulakan dengan niat yang baik berserta istiqamah. Sabda Rasul SAW,

"Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang." (Hadis riwayat Abu Ya'la)

Dari kita merungut kemalasan dan mengenang nasib di pagi hari saat bangun
tidur, adalah lebih baik jika kita berniat untuk bangun bekerja kerana Allah. Sudah pasti badan terasa lebih kuat, minda terasa lapang dan hati terisi dengan semangat yang positif. Simptom seperti makan 'gaji buta' dan 'curi tulang' pasti dapat dielakkan. Ada yang berkata, masalah di tempat kerja yang membuatkan semangat untuk menjalankan tugas terasa lemah dan minat yang sememangnya ada seakan hilang.

~JUJUR DAN ISTIQAMAH~

Kadang-kala timbul masalah tidak 'sekepala' dengan rakan-rakan sekerja. Majikan pula selalu merungut ada saja perkara yang tidak kena. Inilah ujian dan dugaan di alam pekerjaan. Tidak mungkin kita boleh 'ngam' dengan semua orang disekeliling kita.
Apa yang membuatkan kita mampu bertahan dan terus bekerja dengan gembira adalah dengan menjadi seorang yang bijak mengawal keadaan. Berfikiran positif dan selalu memperbaiki diri adalah faktor utama menangani situasi ini. Jangan dek sedikit saja onak duri yang mendatang, mulalah merangka surat perletakkan jawatan!

Perkara yang paling menguji diri kita sebagai seorang pekerja juga adalah elemen kejujuran. Sukar untuk menjadi jujur walau tidak 'mengulat' selama satu minit sahaja.
Menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh syarikat untuk kepentingan sendiri. Kita anggapkan tiada siapa yang tahu dan melihat, jadi tidak apalah.
Kebetulan pula bos tidak datang, kita pun bersuka-suka dan tidak serius dalam bekerja. Ada juga yang buat kerja alai-balai kerana tidak suka pada majikan. Jadikanlah Allah sebagai 'majikan' tertinggi, maka kita akan jujur dalam menjalankan tugas.

Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah.

Ganjaran di dunia dan kemuliaan di akhirat itulah yang harus kita genggam sebagai matlamat dalam kerjaya. Firman Allah SWT,

"Maka apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya." (al-Jumu'ah: 10)



YA ALLAH..
berikan kami manfaat keatas segala yang telah engkau ajarkan
dan ajarkanlah kepada kami apa sahaja yang memberi manfaat
dan tambahkan ilmu kami
syukur kepadaMu atas segala perkara
kami memohon perlindunganMu
daripada keadaan ahli neraka
Riwayat al-Tirmizi

Semoga ada manfaatnya.
Wallahua’alam..
하나님 때문에
*sumber : iluvislam


Tuesday 25 January 2011

1 1 1 s u r a h YUSUF



~alhamdulillahirabbilalamin~

its all is about nabi Yusuf
surah ke 12
111
ayat

dari 1 ke 1 ke 111 kami meneliti
sempurna dari permulaan ke kesudahan kisah Nabi Allah, Yusuf

alhamdulillah last sitting, success to cover the whole surah Yusuf..
seronok baca dari 1 ayat ke 1 ayat yang lain.. cerita yang panjang malah as we know cerita yang paling panjang dalam alQuran adalah cerita nabi Yusuf kerana ayatayat tentang kisah nabinabi lain tidak terkumpul seperti kisah Nabi Yusuf ni.

HERE full version for kisah nabi Yusuf..

Kisah ini merupakan kisah yg paling baik dan jelas. Di dlm dipaparkan berbagai
peralihan dari suatu keadaan kepada keadaan lainnya;
dari satu ujian ke ujian berikut dan,
dari sebuah ujian kepada karunia yg besar,
dari kehinaan kepada derajat kemuliaan,
dari rasa aman kepada rasa takut dan,
sebalik dan seterusnya.

APA YANG TERKESAN?

as simple as

Mas : kisah adikberadik yang saling berdengki dan hampir membunuh. realiti yang sangat hampir dengan keadaan sekarang.

Kak siti: Allah mengangkat tinggi Bahasa Arab, sedangkan kita mengagung2kan Bahasa Inggeris..


Ramlah : nasib baiklah iman itu tidak boleh diwarisi.. Allah~ memandang mengapa?, walaupun lahir dari keturunan si Yaakub.. Hikmahnya bagaimana pula jika lahir
dari keturunan si Firaun? hiiiii~




membaca aturan ceritera yg diaturNya
yg bukan siasia namun semata mata untuk memperteguh hati kita..

''DAN SEMUA KISAH RASULRASUL, KAMI CERITAKAN KEPADAMU, AGAR DENGAN KISAH ITU KAMI TEGUHKAN HATIMU; DAN DIDALAMNYA TELAH DIBERIKAN KEPADAMU SEGALA KEBENARAN, NASIHAT DAN PERINGATAN BAGI ORANG YANG BERIMAN''

(Hud:120)

membaca aturan ceritera yang diaturNya
yang perkhabaran ceritera itu hanya boleh dikhabarkan olehNya

''KAMI MENCERITAKAN KEPADAMU KISAH YANG PALING INDAH DENGAN MEWAHYUKAN ALQURAN INI KEPADAMU, DAN SESUNGGUHNYA ENGKAU SEBELUM ITU TERMASUK ORANGORANG YANG TIDAK MENGETAHUI''

(Yusuf:3)


alhamdulillah we come out with 3 pengajaran surah yang sempat kami teliti


~1~


DENGAN IMAN KITA AKAN DAPAT MEMANDANG SETIAP ZARAH PERKARA BERLAKU DENGAN MINDA PENUH SEDAR..iman mnjadi benteng, mnjadi hero penyelamat dari rasa goyah dan putus asa.. menyelamat diri dari bisikan nafsu dan dari godaan jin dan manusia. sepertimana hebatnya Nabi Yusuf..


''DAN SUNGGUH PEREMPUAN ITU TELAH BERKEHENDAK KEPADA YUSUF. DAN YUSUF PUN BERKEHENDAK KEPADANYA, SEKIRANYA DIA TIDAK MELIHAT TANDA TUHANNYA. DEMIKIANLAH KAMI PALINGKAN DARI KEBURUKKAN DAN KEKEJIAN. SUNGGUH YUSUF TERMASUK HAMBA KAMI YANG TERPILIH''

(Yusuf:24)



~2~

BERSYUKUR DAN BERSABAR dengan setiap susunan cerita yang sudah diatur Allah untuk kita.. so its all is about REDHA.. sepertimana Yusuf menerima setiap aturan ketetapan Allah untuknya dengan berlapang dada.. seolah-olah ujian itu suatu kebesaran, kehinaan itu suatu kemuliaan bagi dirinya..



''...SESUNGGUHNYA TUHANKU TELAH BERBUAT BAIK KEPADAKU, KETIKA DIA MEMBEBASKAN AKU DARI PENJARA, DAN KETIKA MEMBAWA KAMU DARI DUSUN, SETELAH SYAITAN MERUSAK HUBUNGAN ANTARA AKU DENGAN SAUDARA2KU. SUNGGUH TUHANKU MAHA LEMBUT TERHADAP APA YANG DIA KEHENDAKI...''

(Yusuf:100)



~3~

KISAH KISAH Nabi yang terdahulu mnjadi PENGAJARAN.. tidak pernah mnjadi suatu bnda yang siasia.. terutama ng mereka2 yang berfikir.. Maha Suci Allah yg telah menceritakan hal ini dan menjadikan sebagai pelajaran berharga bagi mereka yg bisa menggunakan akalnya.



''SUNGGUH, DALAM KISAH YUSUF DAN SAUDARASAUDARA NYA TERDAPAT BEBERAPA PENGAJARAN BAGI ORANGORANG YANG BERTANYA''

(Yusuf:7)


Monday 24 January 2011

hari sabat 7:161-167

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH MAHA PENYAYANG

1st n foremost, maaf kerana kelewatan entry ini. Ku bukanlah seorang yang pandai menulis,berkata2 dan bermadah pujangga. Maaf ku pinta sebagai pembuka bicara. Semoga apa yg ku share kan ini dapat memberi manfaat,insyaAllah. Kalau ada yg nak tambah atau nak betul kan amatlah dialu-alukan.. Entry nie berkaitan surah al-a’araf ayat 161-167..

وَإِذْ قِيلَ لَهُمُ اسْكُنُوا هَذِهِ الْقَرْيَةَ وَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ وَقُولُوا حِطَّةٌ وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا نَغْفِرْ لَكُمْ خَطِيئَاتِكُمْ سَنَزِيدُ الْمُحْسِنِين
(161)
Dan (igtlah), ketika dikatakan kpd mrk (bani Israil), “Diamlah di negeri ini (Baitulmaqdis) dan makanlah dari (hasil bumi) nya dimana sahaja kamu kehendaki. “ Dan kataknlah, “Bebaskan kami dari dosa kami, dan masukilah pintu gerbangnya smbil mmbungkuk, nescaya kami ampuni kesalahanmu.” Kelak akan Kami tambah (pahala) kpd org yg berbuat baik.

(162) فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ قَوْلًا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِجْزًا مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَظْلِمُونَ
Maka orang2 yg zalim diantara mrk mengganti (prkataan itu) dgn prkataan yg tdk dikatakan kpd mrk, maka Kami timpakan kpd mrk azab dari langit disebabkan kezaliman mrk.


Kita tahu perangai dan sikap Bani Israil yg tak pernah bersyukur dgn nikmat Allah dan tak pernah nak ambil pengajaran dr setiap sesuatu yg berlaku. Walaupun Allah dah beri bermacam-macam nikmat antaranya seperti ayat di atas. Allah bagi sepenuh kebebasan untuk merasai segala macam jenis makanan yang ada di bumi Baitulmaqdis tapi mereka tak bersyukur, bahkan memesongkan ayat Allah. Allah siap bagi doa lagi kat dorang… “ Dan kataknlah, “Bebaskan kami dr dosa kami”…dorang boleh siap tukar pulak doa tu..seperti ayat 162, ..”maka org2 yg zalim diantara mrk mengganti (perkataan itu) dgn perkataan yg tdk dikatakan kpd mrk”..

Kalau ikut tafsir kat tangan nie, mereka diperintahkan untuk mengucapkan, “Hittatun” yakni mohon dilepaskan dari dosa tapi dorang ubah sambil mencemoh dan mengucap “Hintatun fi sya’irah” yg bermaksud gandum. Ish…ish..ish..zalim sungguh dorang nie….dan disebabkan kezaliman dorang sendiri, Allah turunkan azab dari langit. (zalim = azab)

وَسْئَلْهُمْ عَنِ الْقَرْيَةِ الَّتِى كَانَتْ حَاضِرَةَ الْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِى السَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًا وَيَوْمَ لاَ يَسْبِتُونَ لاَ تَأْتِيهِمْ كَذَلِكَ نَبْلُوهُم بِمَا كَانُوا يَفْسُقُون
163) Dan tanyakanlah kpd Bani Israil tentang negeri yg terletak di dekat laut ketika mrk melanggar aturan pd hari Sabat,(yaitu) ketika dtg kpd mrk ikan2 (yg berada disekitar) mrk terapung2 dipermukaan air, padahal pd hari2 yg bukan Sabat ikan2 itu tidak dtg kpd mrk. Demikianlah Kami mnguji mrk disebabkan mrk terlalu fasik.

Bukan tu je, Allah uji juga mereka pada hari Sabat. Act, Bani Israil nie sendiri yg mintak kat Allah supaya ada 1 hari cuti umum gitu..so dat,dorang free dari mencari rezeki dan dapat tumpukan sepenuh perhatian tok kerjakan amal ibadat…so, Allah bagi hari sabtu sebagai hari cuti umum sedunia Bani Israil..but of coz, Allah takkan bagi free2 cuti camtu je kan..Allah bagi sikit ujian... Dengan izin Allah, bila hari sabtu jer, banyak pulak ikan yang timbul kat permukaan air... Sedangkan hari2 yg lain,tak pulak. Disebabkan perasaan tamak haloba, segolongan dari mereka telah melanggar aturan hari Sabat. Dorang create helah. Dorang buat sekatan untuk kepung ikan2 yg timbul pd hari sabtu. Bila hari Ahad, dorang tangkap ikan2 yg terkepung tu..dan sebagai alasan dorang kate dorang tak tangkap ikan hari sabtu c0z waktu hari sabtu tu, ikan2 tu semua bukan berada di luar sekatan dan takde ikan yg ditangkap pada waktu itu.

وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِّنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَاباً شَدِيدًا قَالُواْ مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ (164)
Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mrk berkata, “ Mengapa kamu menasihati kaum yg akan dibinasakan atau diazab Allah dgn azab yg sangat keras?” Mrk mnjwb, “Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kpd Tuhammu, dan agr mrk bertaqwa.

Terdapat segolongan yg melihat situasi nie sebagai suatu tipu helah lantas menasihati dan mengingatkan mereka tentang azab2 Allah. Satu golongan yg lain pula berkata kpd golongan yg memberi nasihat nie…. “buat ape la nak nasihatkan mereka nie..dah terang2 dorang langgar perintah Allah. tak gune nak nasihatkan dorang. Mesti dorang akan dibinasakan dan diazab oleh Allah punye....” lebih kurangla ayatnye.. Golongan yg memberi nasihat nie menjawab “Agar kami mempunyai alasan (lepas tangggungjawab) kpd Tuhammu, dan agar mrk bertaqwa.” Nasihat tersebut sebenarnya merupakan kewajipan atau tanggungjawab bagi mereka yakni menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Juga sebagai bukti kepada Allah yg mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka. Juga dengan tujuan supaya nasihat2 tersebut mempengaruhi hati2 keras mereka supaya kembali bertaqwa kepada Allah.

فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُكِّرُواْ بِهِ أَنجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُواْ يَفْسُقُونَ(165)
Maka setelah mrk melupakan apa yg diperingatkan kpd mrk, Kami selamatkn org2 yg melarang org berbuat jahat dan Kami timpakan kpd org2 yg zalim siksaan yg keras, disebabkan mrk selalu berbuat fasik.

(166) فَلَمَّا عَتَوْاْ عَن مَّا نُهُواْ عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُواْ قِرَدَةً خَـسِئِين
Maka setelah mrk bersikap sombong terhadap segala apa yg dilarang. Kami katakan kpd mrk, “Jadilah kamu kera yg hina.”

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبْعَثَنَّ عَلَيْهِمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَـمَةِ مَن يَسُومُهُمْ سُوءَ الْعَذَابِ إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِيعُ الْعِقَابِ (167) وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, Dia akan mengirim org2 yg akan menimpakan azab yg seburuk2nya kpd mrk (org Yahudi) sampai hari kiamat. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat siksa-Nya. Dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Astagfirullahal ‘azim…semoga kita tidak tergolong di dalam golongan yg mendapat azab dari Allah sehinggakan Allah menyamakan kita dengan binatang. …“Jadilah kamu kera yg hina.”… dah la Allah sama kan dengan binatang yakni kera, hina pulak tu. Betapa teruk dan dasatnye mereka2 yg mendustakan perintah Allah. Menurut tafsir fi zilal, perkataan ‘kun’ merupakan perintah Allah yg mewujudkan sesuatu yg belum pernah wujud dan kata2 ini jugalah yg menukar manusia menjadi seekor kera. Ssghnya Tuhanmu sgt cepat siksa-Nya. Dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang
Sama2 ambil pengajaran dari ayat dan kisah nie.
Semoga ada manfaatnya.
Wallahua’alam..
하나님 때문에

Thursday 20 January 2011


....SAHABAT....


Andai hari ini aku terlalu gembira
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH
Andai aku bersedih tanpa kata
pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta
Andai ku lemah tak berdaya
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga
Andai antara kita ada tembok yang memisahkan
ajaklah aku meleraikan segera
Andai pernah hatimu terluka
luahkanlah agar aku berubah

DAN...

Andai esok aku terlena tanpa terjaga
iringilah lenaku dengan doa dan al-fatihah
Berjanjilah sahabat
Ukhuwah kita untuk selamanya
InsyaAllah
*Al-fatihah untuk sahabat2 yang pergi dahulu menemui sang Pencipta

Monday 17 January 2011

tundukku dihadapan KEAGUNGANMU~


Berkalikali berbuat dosa Berkalikali berbuat kezaliman Berkalikali mencuba dan mencuba
Untuk menolaknya wahai Tuhan..




Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Demi keredhaan..



Wednesday 12 January 2011

Di Medan Ini...

Bismillahirrahmanirrahim pemula bicara…

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera!

Welcome to our new blog..!!

Insya Allah, tujuan blog ini dibuat adalah sebagai satu lagi platform untuk kita sama-sama berkongsi ilmu yang kita peroleh melalui macam-macam medan. Mungkin kita peroleh dari liqa’ mingguan kita. Mungkin dari ceramah-ceramah yang kita hadiri. Semuanya boleh dikongsikan bersama ikhwah dan akhawat kita, dan tidak lupa juga kepada seluruh calon-calon mad’u kita di seluruh pelusuk dunia.

Ana juga bukanlah seorang penulis yang baik, bukan seorang yang pandai berpuitis. Tetapi, ana doakan supaya usaha yang kecil ini akan diredhai Allah, dan dapat membuka mata-mata hati sahabat-sahabat kita yang di luar sana yang sentiasa dahagakan ilmu-ilmu dan perkongsian seperti ini.

Semoga Allah mengganjari kita semua dengan nur hidayahNya. Sesungguhnya segala perkongsian ilmu adalah dariNya jua.

Wallahu a’lam

Happy reading!!!